Seksyen 01
Tempahan & Pembayaran
-
Tempahan hanya dianggap sah setelah pembayaran penuh diterima.
-
Polisi Tanpa Tunai (Cashless Policy)
Semua tempahan wajib dibayar melalui transaksi Online Banking sahaja. Kami tidak menerima pembayaran tunai bagi memastikan transaksi yang selamat, telus dan efisien.
Seksyen 02
Daftar Masuk & Daftar Keluar
-
Waktu Daftar Masuk (Check-in) Bermula jam 3:00 petang.
-
Waktu Daftar Keluar (Check-out) Sebelum jam 12:00 tengah hari.
-
Tetamu wajib mengemukakan dokumen yang diminta yang sah dan tepat semasa proses daftar masuk dijalankan.
Seksyen 03
Polisi Penginapan
-
Bilangan tetamu yang menginap tidak boleh melebihi kapasiti maksimum bilik atau homestay yang telah ditetapkan.
-
Tetamu bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kerosakan harta benda homestay yang berlaku akibat kecuaian sendiri atau pihak tetamu.
-
Tetamu diminta sentiasa menjaga kebersihan ruang dalaman serta kawasan persekitaran homestay demi keselesaan bersama.
Seksyen 04
Larangan & Keselamatan
-
Dilarang sama sekali membawa bahan berbahaya, senjata, atau barangan terlarang ke dalam premis homestay.
-
Homestay ini adalah kawasan bebas rokok; denda khas akan dikenakan sekiranya peraturan ini diingkari.
-
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang peribadi atau berharga milik tetamu.